TERAPI URUTAN


TERAPI URUTAN


PUSAT PERAWATAN HOLISTIK NUR HIKMAH MENAWARKAN PERKHIDMATAN URUTAN BADAN UNTUK LELAKI DAN WANITA. KAMI MEMPUNYAI TERAPIS LELAKI DAN WANITA YANG BERPENGALAMAN DAPAT MEMBANTU MERAWAT BADAN PARA PELANGGAN KAMI

URUTAN BATIN




Urut batin amat sesuai bagi mereka yang mengalami masalah lemah tenaga batin. Ianany dapat membantu melancarkan darah dibahagian zakar serta membaikpulih urat-urat.

1) URUT POINT PINGGANG
Urutan ini bagi mengendurkan urat-urat pinggang yang tegang dan melancarkan darah dan saraf pinggang.

2) URUT POINT LABU BETIS
Urutan ini melancarkan urat saraf kaki dan betis yang mempunyai kaitan dengan saraf batin lelaki.

3) URUT POINT POINT REFLEKSOLOGI BATIN
Pada tapak kaki lelaki ada satu point yang dinamakan refleksologi batin,point itu akan ditekan bagi memberi refleks pada semua saraf yang bersangkutan dengan alat sulit lelaki.

4) URUT TEKNIK MENGASAK
Urutan ini bertujuaan untuk menggalakkan darah mengalir kedalam zakar dan memecahkan lemak-lemak yang menyumbat saluran darah.

5) URUT TEKNIK MENJABAT
Urutan ini adalah menekan pada lubang cincin dengan tekanan sederhana supaya angin disekitar zakar dapat diuraikan.

6) URUT TEKNIK MELURUT
Urutan ini dilakukan disepanjang zakar dengan minyak lintah supaya menyihatkan otot dan tisu zakar dan akan membuatkan ia kembang sedikit apabila ereksi.

7) URUT TEKNIK MENGASAH
Urutan ini dilakukan dengan mengasah kepala zakar supaya kulit permukaan kepala zakar tahan lasak dan tidak over sensitive lagi.

8) URUT POINT BAWAH PUSAT
Urutan ini dilakukan dibahagian bawah pusat untuk menaikkan nafsu syahwat lelaki.





URUTAN BADAN






TEKANAN sering kali dialami kebanyakan kita apa bila bekerja, belajar dan dalam mejalani kehidupan seharian. Beban di tempat kerja yang tiada kesudahan menyebabkan mereka mudah sakit kepala, badan terasa lesu dan cepat marah.
Saban hari mereka berkerja hingga kadang kala melebihi 12 jam daripada waktu bekerja dan tentunya membuatkan tubuh badan letih serta lemah. Lebih merumitkan lagi sikap kita sendiri yang tidak mengambil berat faktor senaman.
 Sebenarnya pelbagai cara boleh dilakukan bagi mengurangkan tekanan. Ada yang melakukannya dengan beriadah bersama keluarga, bersenam, mengunjungi spa dan cara yang paling senang dan cepat ialah berurut. Kuasa dan keajaiban sentuhan urutan memang tidak dinafikan mempunyai banyak manfaat serta memberi kesan yang begitu mendalam, bukan saja pada fizikal malah minda dan jiwa individu.Urutan jika dilakukan dengan teknik yang betul boleh menurunkan kadar degupan jantung, merendahkan tekanan darah, meningkatkan aliran darah, merehatkan otot-otot dan sebagainya.

Perkara seumpama itu bukan sesuatu mustahil kerana urutan membabitkan manipulasi struktur tisu lembut badan secara manual bagi menghilangkan ketidakselesaan, pengecutan otot dan tekanan serta meredakan kesakitan.

Urutan turut merangsang pengeluaran hormon endorfin iaitu sejenis bahan kimia yang membangkitkan rasa gembira dan meningkatkan keyakinan diri. Kita mudah mengalami tekanan dan bahagian tubuh yang sering menerima kesan ialah leher, bahu dan kepala. Ketiga-tiga bahagian ini berkait rapat. Justeru, apabila ‘stress’ kepala akan turut sakit.

Leher dan bahu akan tegang. Jika kita memicit bahagian ini akan terasa seperti ada benjolan menyebabkan darah tidak dapat mengalir dengan lancar sekali gus menyebabkan timbulnya migrain dan insomnia. Tekanan dan ketegangan badan banyak bergantung kepada pergerakan anggota itu sendiri. Jika sebelah kiri banyak bergerak, maka bahagian kiri yang banyak mengalami ketegangan. Jika kita sentuh bahagian yang mengalami ketegangan itu, kita akan berasa keras. Jadi untuk melembutkannya urutan ringan perlu dilakukan. Sebaik-baiknya kita mengurut seminggu sekali bagi mengelakkan penyakit seperti insomnia dan keletihan.





Bagi memudahkan urutan dilakukan, minyak aromaterapi digunakan kerana berupaya merehatkan minda. Jadi sambil meredakan ketegangan anggota badan, minda juga segar.


FAKTA: Faedah urutan

-Menyingkirkan lebihan toksin badan.
-Mengurangkan kadar denyutan jantung dan tekanan darah.
-Merehatkan otot-otot yang selama ini mungkin mengalami ketegangan.
-Melicinkan tekstur kulit yang menjadi organ tubuh manusia paling besar.
-Melancarkan sistem pencernaan.
-Membentuk badan.
-Menyeimbangkan minda, rohani dan jasmani.
-Mengurangkan kebimbangan dan tekanan mental



INFO: Tip pemakanan meredakan tekanan:


Kekacang - Kekacang seperti kacang merah, putih dan hijau mempunyai sumber protein yang tinggi apabila diambil bersama bijirin. Selain protein, kekacang juga kaya dengan thiamin (B1). Kekurangan thiamin dikatakan sering mempamerkan nilai-nilai moral yang rendah, kekeliruan fikiran dan sering meradang.

Beras coklat dan bawang putih - Kedua-dua bahan ini mempunyai vitamin B6 yang diperlukan otak untuk membina protein dan membentuk kolagen. Beras coklat pula mempunyai sumber vitamin B.

Bayam - Kaya dengan klorofil yang membuang toksin daripada tubuh dan mengurangkan radang. Sayuran hijau kaya dengan magnesium yang berupaya menentang ‘anxiety peptide’ yang juga rangkaian asid amino di otak boleh menyebabkan rasa kebimbangan dan kerisauan.

Dadih - Sumber kalsium merendahkan kadar ritma jantung dan tekanan darah tinggi dengan mengawal saraf periferal dan otot yang mudah terangsang.

Asparagus - Kaya dengan folate untuk membantu daya ingatan dan sesuai untuk otak yang sentiasa berfikir sibuk.

Produk kacang soya - Kebanyakan produk ini kaya dengan `tryptophan' iaitu sejenis bahan utama dalam pembentukan melatonin iaitu hormon yang dihasilkan oleh otak membantu mengurangkan tekanan, menenangkan saraf bagi tidur nyenyak.

Betik - Kaya dengan vitamin C, yang membantu tubuh mengimbangkan asid amino, menukarkan asid folik kepada bentuk lebih aktif dan berfungsi membaiki tisu-tisu badan.

Aprikot kering - Kaya dengan sumber potasium dan vitamin A. Tahap vitamin A yang rendah di dalam tubuh dikatakan boleh mendorong kepada kesunggulan. Bahan mineral dikenali sebagai `magnese' pada aprikot merangsang pertumbuhan hormon-hormon seks yang dikatakan dapat meningkatkan kesihatan mental.

Pisang - Mengandungi melatonin yang kaya dengan potasium berupaya meredakan tekanan.

Ubi kentang - Kaya dengan potasium dan vitamin B. Tahap kandungan vitamin B rendah ada hubung kait dengan kegelisahan, tekanan, kebimbangan, meradang dan perasaan yang berubah-ubah.

Bijirin oat - Kaya dengan vitamin B yang penting kepada saraf. Terbukti dapat membantu tekanan dan kemurungan.

Untuk Maklumat Lanjut / TEMPAHAN RAWATAN Boleh Hubungi
PUSAT PERAWATAN HOLISTIK NUR HIKMAH
016 - 6204644

Waktu Urusan:

9:30 pagi hingga 8.30 malam
Alamat:

No. 45, Jalan KP 1, Taman Krubong Perdana
75250 Krubong
MELAKA



2 comments: